Sejarah Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia Indonesia Jambi
Persatuan Kebangsaan Pelajar-pelajar Malaysia
di Indonesia dengan singkatan PKPMI, merupakan satu pertubuhan atau persatuan
untuk anak-anak Malaysia yang menyambungkan pengajian di Republik Indonesia.
Pada ketika ini terdapat kira-kira lebih daripada 100 Mahasiswa dan Mahasisiwi
Malaysia di Jambi yang mengikuti pengajian dalam pelbagai bidang di Institut
Agama Islam Negeri Sulthan Thaha Jambi, Sumatera Indonesia.
Sejarah wujudnya PMPMI bermula di Pulau Jawa
pada tahun 1945. Ketika itu organisasi
pelajar-pelajar Malaysia yang ditubuhjan adalah Kesatuan Pelajar-pelajar Malaya
(KPM) yang berpusat di Yogyakarta. Organisasi Pelajar-pelajar Malaya yang kedua
didirikan di Sumatera pada tahun 1948 yang berpusat di Medan, yang dinamakan
Persatuan Kebangsaan Pelajar-pelajar Malaya di Medan.
Pada tahun 1965, KPM dibubarkan dan membentuk
sebuah persatuan baru yang diberi nama Himpunan Pelajar-pelajar Malaysia di
Indonesia (HPMI) yang berpusat di
Yogyakarta. Pada tahun terjadinya konfrontasi Malaysia-Indonesia, tidak
terdapat sebarang catatan tentang kegiatan pelajar Malaysia di Indonesia kerana
semua pelajar pulang ke tanah air.
Pada tahun 1967, pelajar-pelajar Malaysia
mulai datang lagi ke Indonesia. Pada 18 Mei 1968, HPMI menjadi PKPMI, iaitu
Persatuan Kebangsaan Pelajar-pelajar Malaysia di Indonesia dan menetapkan
Jakarta sebagai pusat. Manakala Yogyakarta adalah sebagai cawangan PKPMI.
Sejak itu, PKPMI terus berkembang terutama di
Pulau Jawa bagi membentuk beberapa buha cawangan PKPMI yang di antaranya
cawangan Jakarta (18 Mei 1968), Yogyakarta (18 Mei 1968), Bogor (23 Mei 1968),
Bandung (12 April 1969), Surabaya (10 November 1972), Bali (30 September 1986),
dan Ujung Padang (17 Oktober 1987).
Setelah konfrontasi tamat, pelajar-pelajar
Malaysia di Sumatera kembali di Indonesia dan mendirikan Himpunan Mahasiswa
Malaysia Sumatera (HMMS) yang berpusat di Medan. Pada tahun 1928, HMMS
dibubarkan dan bersatu dengan PKPMI. Dengan perkembangan ini semakin bertambah
cawangan-cawangan PKPMI seluruh Indonesia.
Penubuhan cawangan-cawangan PKPMI di Sumatera
bermula dengan cawangan Medan (Mei 1982), Aceh (25 Disember 1985) dan Padang
(25 Mac 1986). Dengan berjalannya waktu, cawangan PKPMI turut bertambah.
Cawangan-cawangan PKPMI yang lain adalah Semarang, Malang, Palembang, Pekan
Baru, dan Jambi. Sehingga kini terdapat 15 cawangan PKPMI di seluruh Nusantara.
Pada tahun penubuhannya PKPMI telah diiktiraf
oleh Kesatuan Besar Malaysia dalam menjalankan kegiatannya. Pada tarikh 4
Februari 1969, persatuan ini diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.
Asas Dan Tujuan Tertubuhnya PKPMI
Persatuan Kebangsaan Pelajar-pelajar Malaysia
di Indonesia (PKPMI) adalah merupakan sebuah persatuan yang berasaskan kepada
pendidikan, persahabatan, dan kesatuan. PKPMI membantu meningkatkan mutu
pendidikan dan kebajikan pelajar-pelajar Malaysia di Indonesia dengan
berteraskan pada nilai-nilai Islam dan ideologi kebangsaan Malaysia (Rukun
Negara).
Persatuan ini adalah sebuah persatuan yang
telah diakui oleh Jabatan Penuntut Malaysia di Indonesia (JPMI), secara tidak
langsung, PKPMI berperanan sebagai :-
1. Menyatupadukan seluruh pelajar Malaysia di
Indonesia dalam usaha memupuk semangat kebangsaan dan rasa tanggungjawab
berdasarkan Rukun Negara.
2. Menjaga kepentingan dan kesejahteraan
pelajar-pelajar Malaysia di Indonesia dalam segala hal perundingan dan
perhubungan dengan pihak yang berkenaan,
3. Berusaha mendekatkan hubungan antara
pelajar-pelajar Malaysia di Indonesia dengan pelajar-pelajar dan masyarakat
serta pelajar-pelajar asing yang lain di Indonesia.
4. Menjalankan kegiatan sosial dan ilmiah
yang tidak bertentangan dengan nilai-nilai Islam dan peraturan setempat.
5. Meningkatkan dakwah dikalangan
pelajar-pelajar Malaysia di Indonesia.
6. Berkerjasama dengan Kedutaan Besar
Malaysia di Indonesia, khususnya Bahagian Pendidikan dan Jabatan Penuntut
Malaysia di Indonesia dalam segala hal yang menuju tercapainya tujuan dan
matlamat di atas.
7. Berkerjasama dengan Konsulat Malaysia yang
berada di Indonesia, iaitu Konsulat Jeneral di Medan dan Konsulat Malaysia di
Pekan Baru, Indonesia.
Comments
Post a Comment